MAKTAB RENDAH SAINS MARA LANGKAWI

Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (MRSM Langkawi) merupakan MRSM yang ke-19 ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999. Pembinaan MRSM ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Seperti namanya, MRSM ini terletak di Langkawi, Kedah. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit memberikan suasana yang aman, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Langkawi ini.

PROGRAM IGCSE

        

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


INFO TERKINI : BULAN APRIL 2015

Tahniah kepada semua guru, staf dan pelajar atas kegigihan dan kerjasama yang cukup padu sehingga mendapat pencapaian di dalam Keputusan Peperiksaan SPM 2014 MRSM PKP dengan pencapaian GPM Maktab : 1.3606 dengan ranking ke-4 dalam semua MRSM dan ranking ke-5 antara Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM. Semoga kecemerlangan ini akan berterusan di masa hadapan..

MRSM Langkawi terdiri daripada 15 orang guru dan staf serta 10 orang pelajar telah menghadiri lawatan benchmarking ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Seri Puteri Cyberjaya dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Selangor pada 01hb - 03hb April 2015

Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3 2015 telah berlangsung di Hotel Grand Continental Langkawi bermula 02hb - 04hb April 2015

Peserta PUM dan Ahli Koperasi MRSM Langkawi akan menyertai Ekspo Keusahawanan 2015 di MRSM Pengkalan Chepa pada 10hb - 13hb April 2015

 

APRIL 2015 


* Kem Motivasi Tingkatan 3  - 02hb - 04hb April 2015
* Minggu Bahasa Zon Utara 2015 - 03hb - 05hb April 2015
* Ujian Selaras 2  - 13hb - 15hb April 2015
* Ekspo Usahawan & CSR  - 10hb - 13hb April 2015
* Kem Tamat Latihan  - 16hb - 18hb April 2015
* Math Carnival  - 17hb  - 18hb April 2015
* Nadwah Islamiah  - 19hb - 20hb April 2015
* Debat MRSM  - 24hb - 27hb April 2015
* Mesyuarat Agong Muafakat  - 30hb April 2015

 

 

 

Untuk mengetahui jadual pelajar pulang bermalam sila layari http://www.mrsmlangkawi.edu.my/index.php/features/jadual-aktiviti-pelajar

 

 

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBANGAN IKHLAS PEMBANGUNAN PELAJAR

Jenis Bank : Bank Islam
Akaun kepada : Muafakat MRSM Langkawi
No akaun : 02066-01-0010401